Diambil dari sebuah mailinglist
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar)
telah bertemu jodoh dengan isterinya
Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh
mengambil jurusan kejuruteraan manakala
Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan.
Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin
dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.
Beberapa bulan yang lepas saya
berkunjung ke rumah Salleh di Kajang.
Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas
solat Subuh di Masjid Kajang saya
bertemu dengan Salleh. Dia terus
mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa
rumah teres setingkat tidak jauh dengan
Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun
yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami
telah berbual-bual hampir lima jam. Saya
ingin berkongsi tentang keluarga Salleh
ini yang pada saya satu contoh keluarga
yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan
pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung,
walaupun berkelulusan ijazah namun
menjadi suri rumah sepenuh masa atas
kehendak Salleh. Sebagai penghargaan
kerana isterinya sanggup tidak bekerja,
Salleh memberikan RM300 sebulan kepada
ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi
kepada ibunya di kampung RM200 sebulan.
Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan
ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan
perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik
dirumahnya kurang dari RM20 sebulan
sedangkan jirannya tidak pernah kurang
dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan
bahawa meter di rumahnya tidak rosak.
Begitu juga dengan bil air kurang dari
RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke
sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan
Selesa walaupun gajinya kecil jika di
nisbahkan dengan keluarganya yang agak
besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa
perkara yang saya lihat jadi amalan dia
yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya
walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan
walaupun nak membeli benda yang kecil
seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem
Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank
Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan
sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu
Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak
yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan
Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering
menziarahi kawan saya, Norizam (bukan
nama sebenar) yang tinggal di Masai
Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di
rumah Norizam selepas waktu Asar.
Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid
(bukan nama sebenar) yang baru sampai
dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke
rumah Norizam kerana untuk menghadiri
temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa
hal dia tidak berpuas hati dengan
abangnya. Kadang kala saya tidak suka
mendengar dia merungut tentang abangnya.
Petang itu Norizam merungut lagi iaitu
abangnya datang untuk temuduga kerja
sebagai Pengurus Besar (General
Manager). Gaji Rashid sekarang ialah
RM10,000 sebulan. Katanya tidak
mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak
RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000
sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya
mempunyai dua orang anak sahaja.
Beberapa tahun kemudian baru saya tahu
kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak
mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada
keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya
menyebabkan Rashid jadi susah ialah
seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem
Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya
Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit
konvensional kemudian bayar pokok
sahaja. Bermakna memakan riba yang
berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta
selalu bermasalah walaupun kereta baru
(Masalah kena curi dan kemalangan jalan
raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana
penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di
tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak
derma.
8. Soal sembahyang limawaktu dipandang
sebelah mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang
lumrah berlaku di sekeliling kita.
Kadang kala kita tidak sedar langsung
atau tidak menghiraukan langsung untuk
mencari keberkatan hidup.
Jika perlu marah , marahlah tetapi usah
terlupa dengan perkataan sabar ; jika
perlu menangis , menangislah tetapi usah
terlupa dengan perkataan tenang ; jika
perlu patuh , patuhlah tetapi jangan
sampai hilang kemerdekaan .
Jika mahu miskin , miskinlah tetapi
jangan terlalu miskin , nanti mudah
menjadi kufur ; kalau mahu kaya ,
kayalah tetapi jangan terlalu kaya
sampai terlupa perkataan sedekah ; jika
mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah
sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai
terlupa keperluan dunia .
Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah
selagi mampu dan menepati keperluan
semasa ; kalau mahu dua buah rumah ,
belilah asal jangan sampai tak tahu
makna perkataan puas ; kalau mahu
menimbun harta , bekerja keraslah asal
jangan sampai terlupa ibadah .
Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal
tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat ; kalau mahu memperkatakan hal
orang , berkatalah asal jangan sampai
mengumpat ; kalau mahu cemburu dengan
kejayaan orang , cemburulah asalkan anda
pun berusaha kuat sepertinya .
Hidup sederhana akan memastikan anda
tidak akan miskin selama-lamanya .
Bersederhana dalam segala hal adalah
titik kejayaan dalam semua perkara .
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang
apabila miskin terus muflis ; orang yang
terlalu pandai kadang-kadang apabila
bodoh terus sasau ; orang yang terlalu
kuat kadang-kadang apabila lemah terus
tidak tidak berdaya .
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi
jangan sampai anda menjadi hamba kepada
harta ; binalah ibadah banyak-banyak
tetapi jangan sampai terlupa soal-soal
dunia ; binalah kedudukan di tengah
manusia tetapi jangan sampai hilang
kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .
Bukanlah seorang yang baik kalau
beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta .
Seeloknya bersederhana dalam beribadah
lantaran bekerja itu pun ibadah ,
membuang halangan di jalanan juga ibadah
, menasihati orang juga ibadah .
Orang yang bersederhana sentiasa
terpandang di mata dunia . Dia tidak
akan hina oleh kemelaratan dan tidak
terlalu tersohor oleh kepopularitian .
Dia terpandang sepanjang masa baik oleh
orang yang hina mahupun orang yang mulia
. Berkuasanya bersederhana bagaikan
pakaian yang menjadi penebat pada rasa
dingin dan panas yang membakar .
Sayidina Ali r. a . berkata , "
Berkhairatlah mengikut kemampuan dan
janganlah menjadikan keluargamu hina
dalam kemiskinan ."
Hendak bersedekah jangan sampai jatuh
miskin ; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil , beribadah jangan
sampai semakin jahil .
Kata sayidina Ali r. a . lagi , " Insan
tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."
Tawaduk dan lemah lembut adalah
kesederhana yang nyata , membangkitkan
kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus
. Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara ,
berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika
terlalu gembira .
Bersederhana adalah jawapan kepada
segala-galanya .
saujana
3 hours ago


