Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di
pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang
berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil
dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan
keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil
tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu
disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke
tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta
terus meluru ke arah Anak kecil ,menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak
kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa kejadahnya awak berada disini ? Itu kereta
baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu .
Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.
"Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia
cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut
dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan
sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang
menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan
hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek
teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita
tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang
melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
PENGAJARAN
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa
kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita
semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita
sombong dengan kelebihan yang sementara.
saujana
3 hours ago


