Wednesday, October 31, 2007

Masanya akan tiba...

~lukisan oleh: kak deloq~


sebelum tiba masanya:


Maaf Tuk Berpisah

Album : Optimis Sajalah
Munsyid : Tashiru
http://liriknasyid.com

Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Reff..
Maafkanlah segala khilaf yang tlah kita terlewati
Tlah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati yeee
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru ooo
Akan membuat hati menjadi ternodai

Back to reff.
Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita oooooo




apabila sampai masanya:


Menjemput Bidadari

Album :
Munsyid : Epicentrum
http://liriknasyid.com

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna


Salam perjuangan

NOOR HANISAH MOHD ISHAK

31/10 (6.54 PM)




Macam-macam..


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kami di sini menghabiskan empat exam berderet-deret.. tinggal satu paper je lagi.. tapi aku yakin insyaAllah aku dan teman-teman seperjuangan di sini dapat menggunakan masa 2 hari sebelum exam ini untuk membuat persediaan yang rapi.. insyaAllah.. Semoga kita semua sama-sama berjaya…

Exam exam dan exam… owh, life is so hectic.. habis exam subject ni, buka buku untuk exam seterusnya pula.. datang tak henti patah tak berganti markah yang hilang boleh di cari..

Baru-baru ini, sahabatku sewaktu di sekolah dahulu yang sekarang menyambung pengajian perubatan di Indonesia menghubungiku.. dia sedang di uji Allah akan makna ukhuwah yang sebenar.. bersabarlah timah.. Allah bersama orang-orang yang sabar.. kepada sahabat-sahabat yang mengenali timah, doakanlah kesejahteraan dia agar dia terus diberi kekuatan menghadapi ujian ini.. nasihat aku kepada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sesiapa.. jangan lah menulis rasa tidak puas hati kita secara detail tu diblog atau di tempat-tempat yang ada publisiti.. bukankah ianya menjatuhkan maruah orang.. siap nama penuh lagi.. adeh… sabar je la.. benda yang kecik jangan dibesar-besarkan.. benda yang besar jangan dikecik-kecikkan..

Masih ingatkah kita lagi akan amaran Allah yang pernah kita pelajari sewaktu di sekolah dahulu (subjek Quran Sunnah kot) ?.. Amaran Allah didalam surah al-Hujarat ayat 11 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu pihak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain , (kerana) harus puak yang dicemohkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu pihak dari kaum perempuan mencemoh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemohkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim..

Kemudian Allah menyambung lagi pada ayat yang seterusnya :

Wahai orang – orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan buruk kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Alalh penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


Ambil ihtimam wahai sahabat-sahabatku akan amaran-amaran keras dari Allah ini..

Janganlah sampai kita tak merasa apa-apapun apabila dibacakan kepada kita akan amaran-amaran Allah.. sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya, dan hanya kepada Allah mereka bertawakal..

Jangan sombong sahabat.. kita tak punya apa-apa tanpa rahmat dan hidayah dariNya..

Dan baru- baru ini juga aku diajukan persoalan tentang mampukah seorang wanita yang bergelar doctor menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan teman.. berat sungguh soalan itu.. aku tidak mampu mengulasnya kerana masih tidak punya pengalaman.. akan tetapi cukuplah aku menjawab: selagi belum tiba masanya untuk berkahwin, aku hanya punyai tanggungjwab yang perlu aku laksanakan dengan sepenuhnya.. tanggungjawab menuntut ilmu.. semoga ilmu-ilmu yang aku pelajari ini (tidak kira ilmu medic ke agama ke) mampu memberi aku penunjuk arah yang betul untuk aku menghadapi zaman itu nanti.. Masanya akan tiba.. bak kata ziemah “tak perlu lah kita mencipta jodoh sendiri..” bukankah semuanya itu telah tercatat untuk kita.. bersabarlah hati.. banyak lagi komitmen lain yang perlu diutamakan.. UTAMAKAN MANA YANG LEBIH UTAMA..

Harini hari lahir adikku NOOR IZZATI BT MOHD ISHAK.. sedih kerana tidak mampu mengucapkan selamat hari lahir kepadanya memandangkan dia berada di asrama sekarang..

Semoga Ati berjaya duniawi dan ukhrawi.. SPM next year.. buat yang terbaik +)


Salam perjuangan

NOOR HANISAH MOHD ISHAK

31/10 (6.03 PM)

Saturday, October 27, 2007

Ketegasan Serikandi Islam..

"Wahai puteriku... Demi ALLAH..
Jangan engkau percaya terhadap
kata-kata SEBAHAGIAN lelaki...
bahawa mereka memandangmu
kerana AKHLAK dan ADAB...
bicara denganmu seperti SAHABAT..
Dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab...

Sebenarnya mereka BOHONG!!
Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka...
Pasti engkau takut dan ngeri..
Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan..
Bukan di tangan kaum lelaki "

- SHEIKH ALI TANTHAWI-



aku terpukul dengan kata-kata dari seorang future doctor (insyaAllah)

"sukar mencari mujahidah yang sanggup mati di jalan Allah
mulut bisa berbicara..
iman yang menentukan segala-galanya.. "

sama-sama kita muhasabah diri mencari kembali sinar iman di dalam sekeping hati




salam perjuangan.. esok bermulanya imtihan 1st exam 1st sem
doakan kami disini.. bantulah kami dengan doa yang ikhlas dari seorang sahabat



NOOR HANISAH MOHD ISHAK
27/10 (1.40 pm)

Thursday, October 25, 2007

Mengulas isu mahasiswa Irbid dan aku tak pedulisme

~kita dulu kecik-kecik macam ni tak?~



Balik dari jamiah petang tadi, aku terpanggil untuk mengupas isu ini lantaran agak hangat sahabat-sahabatku berbincang akan surat daripada salah seorang ahli PERMAI di sini..


Di sini aku melampirkan antara isi kandungan surat itu yang aku kira mampu memberi sepenuh tazkirah dan tamparan kepada kita semua :

“assalamualaikum

lama dah nak suarakan perkara ni tapi tak tersuara pulak. berdasarkan pemerhatian saya sejak tahun 1 lagi di sini, jelas dapat dilihat mahasiswa jordan dilanda wabak aku-tidak-pedulisme . hal ini jelas kelihatan apabila mahasiswa jordan mudah katanya buat bodoh saja tentang isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka.

senang cerita, lihat saja analisa bajet 2008 lalu, isu nurin jazlin dan baru-baru ini kes Tun Ahmad Fairuz, kita lihat tiada reaksi yang sepatutnya sebagai seorang mahasiswa jordan terhadap isu-isu ini. malu saya jika dibandingkan dengan mahasiswa mesir, syria dan yaman yang sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling.

PMRAM walaupun sekadar di laman web, tetap memaparkan insiden yg menyedihkan tentang adik nurin kita baru-baru ini. PERMAYA (yaman) juga tidak ketinggalan, tapi jordan? isu-isu malaysia pun xtau, inikan pulak Isu Palestin? Iraq? Iran? naaah...

Tapi, apabila berbicara tentang series atau movies yang baru maka mahasiswa jordan lah yang paling terkehadapaaaaaan sekali. Tanyalah movie apa yang baru keluar, pasti sudah dimuat turun. Oh.... Lebih menyedihkan apabila seorang junior pernah bertanya pada saya, "dengar cerita, rumah abang banyak movie". waaah aku pulak dapat nama....!! kecik2 lagi dah ditanam ideologi moviesme dan seriesme.

dalam menolak tanggungjawab untuk mengambil berat isu ummah, mungkin ada yang kata "sekarang ni waktu belajar. datang sini belajar sudah. tak yah pikir benda lain. senang cerita."

tapi jika itulah yang ada dalam fikiran seorang mahasiswa, agaknya macam manalah nanti bila dah kerja dan duduk dalam masyarakat.

nanti akan kata pulak "sekarang ni kena kerja. buat kerja sudah. tak yah pikir benda lain. senang cerita."

sudahnya, hiduplah dalam dunia sendiri sampai mati.

tapi, yang bestnya, kalau ade series klua episod baru atau season baru, kitalah yg tau dulu.. siap boleh bagi komentar menggunakan kemahiran KBKK yang digilap sejak skolah menengah dulu.. lengkap dengan segla fakta yang sahih dan hujah yg mengancam.

kalaulah KBKK tu diguna terhadap isu2 semasa umat islam, kn bagus?!

dalam keadaan umat yg lemah sekarang ni, kita yang mengaku MAHASISWA ISLAM yang bakal mencorak masa depan umat ni, makin malas nk ambil peduli masalah kt luar tu.

jangan kata nk suruh tolong, peduli pun tidak!!

harapnya, lps ni jadilah mahasiswa yang peka dan mampu menjana perubahan. tukarlah sembang2 movie dan series kepada sembang2 isu ummah yang lebih memberikan faedah dan pahala.

Minta maaf kalau tulisan macam berterabur dan nak cepat. Guna komputer orang, tak khusyuk sangat nak taip.

Wassalam... “

tahniah aku ucapkan kepada penulis surat ini yang berani bersuara meluahkan apa yang dirasa.. tapi aku ingin mengingatkannya, tidak semua mahasiswa di Jordan ini tidak mengambil berat akan isu semasa.. tapi golongan yang peka akan isu semasa ini tidak dinafikan memang teramat sedikit berbanding mereka-mereka yang arif dan pakar akan dunia-dunia hiburan..

dan aku rasa.. situasi aku tak pedulisme ini bukan sahaja berlaku kepada mahasiswa Malaysia di Jordan tapi berada di mana-mana sahaja.. hatta bukan sahaja mahasiswa Malaysia bahkan seluruh mahasiswa Islam yang berada di dunia ini..

aku pernah berbincang dengan Dr. Ghazi salah seorang Nasionalis yang mengajar aku subject Contemporary Problem (subjek ini di ambil ketika summer sem ~untuk pengetahuan pembaca2 blog ini yang bukan pelajar JUST, di jamiah kami ini ketika summer sem, kami diberikan kebebasan untuk belajar subject yang bukan subject medic~) beliau mengatakan, remaja-remaja arab di Jordan ini kurang bertanggungjawab kepada kehidupan mereka sendiri.. bagi mereka.. cukup hanya mempunyai handset, rokok dan duit..itu semua sudah mampu memberi mereka erti keindahan hidup sebenar.. aku rasa benda ni tak jauh beza dengan apa yang berlaku pada remaja-remaja Malaysia.. kebanyakannya mengutamakan hiburan dalam kehidupan.. memanglah tidak salah untuk berhibur.. tapi kita mudah lalai apabila kita selalu berhibur..


aku pernah terbaca satu artikel, tapi aku tidak ingat kat mana aku membacanya.. antara yang diperkatakan adalah orang-orang yang selalu mendengar lagu-lagu (suka berhibur) ni selalunya kurang bertanggungjwab kalau kita memberikan apa-apa kerja padanya.. ini kerana mereka selalu berada dalam keadaan selesa mendengar lagu sambil berehat-rehat menyebabkan mereka tidak mahu menerima sesuatu keadaan yang sukar.. senang cakap orang yang suka dengar lagu ni tidak suka dengan komitmen.. nak hidup senang je.. takut nak hidup susah..

maka dengan ini telah berjayalah strategi 3F (fun, food and fashion) yahudi yang melalaikan dan memperlekakan umat Islam..

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 165 yang bermaksud : Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah, mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih mencintai Allah.

Allah dah tahu, ramai hamba-hambanya yang leka daripadanya.. bukankah Allah Maha Mengetahui


Ada sesetengah pelajar yang aku jumpa yang dengan tegasnya mengatakan buat apalah aku nak tahu tentang isu-isu luar.. kalau aku baca surat khabar pun aku baca segmen hiburan je.. nak baca isu nasional dengan luar negara buat pening kepala je.. Hmm macam mana ya nak betulkan persepsi ni?? tumpuan mereka hanya pada kehidupan harian dan pada gossip-gossip tempatan..


Pesan seorang ukhti kepadaku “kalau kita tak luangkan masa kita untuk Islam dari sekarang jangan haraplah bila dah kerja nanti kita nak luangkan masa untuk Islam.”

Serta merta aku tersedar.. aku bukan robot yang hanya hidup untuk belajat belajar dan belajar.. aku ada tanggungjawab lain yang lebih besar.. amanah sebagai seorang khalifah yang perlu di laksanakan.. bagaimana aku hendak menghadap Allah tanpa apa-apa bekalan yang akan menyelamatkan aku dari seksaan azab api neraka yang dahsyat?? Sudahlah tiada bekalan, setiap hari ada sahaja dosa-dosa yang aku lakukan.. baik dosa mata dosa hati dosa mulut dosa telinga dosa perut.. banyak sungguh dosa-dosa hambaMu ini ya Allah..

Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian, di hari akhirat kelak, terserlah lah kelemahan kita di hadapan Allah yang Esa.. hari yang dimana sesorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu semuanya di bawah kemahuan dan kekuasaan Allah.. semoga urusan kita dunia dan akhirat kita di permudahkan


Selamat berimtihan.. strive towards excellent.. beyond success.. doakan kami untuk najah dalam imtihan ini.. =)


Salam Perjuangan



NOOR HANISAH MOHD ISHAK

25/10 (8.22 pm)

Tuesday, October 23, 2007

Exam vs Ujian

Jordan University of Science and Technology (JUST)

Melepasi pintu pagar jamiah (universiti) pagi tadi, sejenak aku teringat saudara-saudara seIslamku yang berada di France dan Turkey.. bagaimana mereka dihalang untuk memasuki pusat pendidikan tinggi hanya kerana mereka berhijab.. ya Allah, terima kasih atas nikmat ini.. sepatutnya kita yang berada di negara islam ini tak kira Malaysia ke Jordan ke Mesir ke.. mana-manalah yang bebas mengamalkan cara hidup Islam berasa bersyukur dan bersungguh-sungguh mempraktikkan Islam dalam kehidupan.. memakai tudung dengan sempurna dan menutup aurat dengan sempurna..


::kasut yang kerdil::



Ini kasut bukan sebarang kasut.. kalau pehatikan betul-betul pada key-chain kasut tu, ada terselit jarum peniti.. credits to aisyah sofian kerana memberi aku jarum peniti tu.. di kesempatan ini aku nak meminta maaf kepada akhawat-akhawat malizi yang tercucuk jarum sewaktu memegang kasutku itu.. bukanlah niatku untuk mencederakan orang dengan menyembunyikan jarum di sebalik kasut yang comel, cuma menjadikan jarum itu sebagai senjata untuk melindung diri di kala darurat nanti.. kan akak-akak PERMAI dah pesan supaya bawak senjata ke mana-mana kita pergi.. jadi silalah membawa apa-apa senjata yang munasabah untuk keselamatan dalam menghadapi orang arab yang pelbagai..

Dah dekat nak exam ni.. macam-macam perasaan timbul.. selalu aku berfikir dan mengingatkan diriku.. jangan study sebab nak exam.. ilmu ni kau akan gunakan di masa hadapan kelak.. tapi bile dah dekat nak exam ni.. pulun-pulun study supaya mudah jawab masa exam nanti.. so nak tak nak study sebab nak exam jugak.. tp kene tajdid niat balik.. study sebab nak exam, supaya berjaya dalam exam, supaya dapat mencurahkan ilmu yang ada untuk masa depan kelak.. jadi jangan sempitkan ruang pemikiran.. KITA JANGAN STUDY SEBAB NAK EXAM (salah tu..).. KITA KENE STUDY UNTUK MASA DEPAN.. NAK BERJAYA PADA MASA DEPAN, KENE TEST DULU ILMU TU DENGAN EXAM (haa baru betul).. .


Macam itu jugak dengan ujian Allah.. ujian Allah diturunkan untuk menguji iman dan pergantungan kita pada Allah.. aku pernah ditanya oleh seorang sahabat (ade orang tanya kat dia dan kami bersama-sama membincangkan jawapan pada soalan yang ditanya).. kenapa Allah menguji kita??.. jawapan yang Allah bagi untuk hamba-hambanya yang sering mempersoalkan akan ujian Allah:

Kenapa aku di uji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa-apa yang aku idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 Rasa frust?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih, kamu lebih tinggi kalau kamu beriman. –Surah Ali Imran ayat 139

Kemudian kami ditanya lagi.. tak kan lah Allah tak tahu pergantungan kita pada Allah?

Allah tahu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. tapi kadang-kadang kita lupa untuk bergantung pada Allah.. Jadi Allah nak mengingatkan kembali akan hamba-hamba yang dikasihiNya supaya ingatlah Allah.. kembali pada Allah.. sudah jauh kita daripadaNya.. kembali kepada fitrah kita..


Contoh apa yang dikatakan lupa untuk bergantung pada Allah : kita nak menghadapi peperiksaan.. kita dok pulun-pulun study.. stay up malam-malam.. baca nota macam-macam.. tapi ketepatan solat kita tak jaga.. azan dah berkumandang kita hadap buku lagi.. jap jap lagi sikit je nak habis baca.. akhirnya iqamah kat masjid dah berkumandang tanda solat jemaah akan dimulakan.. dah kita ketinggalan.. solat dibelakangkan.. urusan peperiksaan diutamakan.. macam mana ni?? Bila tak dapat result yang memuaskan, sibuk buat muhasabah diri.. sibuk dok plan strategy-strategy.. tapi kita xsedar.. mungkin salah satu sebab kita tak berjaya mencapai apa yang kita nak adalah sebab kita ketepikan Allah.. kita sombong pada Allah.. kita solat pun laju-laju.. solat di awal waktu jauh sekali..rasa macam membazir masa solat lama-lama.. lepas solat panas punggung kalau imam baca zikir panjang-panjang.. baca al-Quran 4 muka surat dah kira banyak.. amalan kita sangat jauh dengan para sahabat.. sama-sama kita renungkan.. fikir-fikirkan..


…:: KEMUDIAN APABILA ENGKAU TELAH BERAZAM, MAKA BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERTAWAKAL PADANYA –ali-‘imran ayat 159:…

Let Allah comes first in everything we do.. Jadikanlah solat dan sabar sebagai penolong dalam segala hal


p/s: credits to ziemah , zehan dan kak noni sebab jadi muraqibat balik dari meeting tadi =)


Salam perjuangan

NOOR HANISAH MOHD ISHAK

(23/10 : 9.32 PM)









Friday, October 19, 2007

Backdrop Owh Backdrop


Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana akhirnya kami dapat menyiapkan backdrop dengan berjaya.. terima kasih kak Ain Zubaidah yang melayan kami dengan penuh kesabaran , kak Farah yang comel dan sangat kreatif, Aisyah Sofian yang menghangatkan suasana dengan celoteh versi kelantannya, Zehan yang gigih dan sanggup bekorban masa untuk bersama-sama menggembleng tenaga walaupun ahad ni dia exam anat (bittaufiq wannajah budak2 dentistry =) ) dan tidak lupa pada Enon yang cute dan punyai semangat yang kuat..

Tidak lupa juga pada mereka-mereka yang sanggup datang lewat malam membantu kami menyelesaikan fasa terakhir backdrop itu selepas 4 hari kami melakukan proses pembuatannya.. terima kasih kak Piya, kak Dijah yang mengingatkan aku pada celoteh ibuku, kak Jui, Faez.. dan tidak lupa juga pada semua penghuni rumah Wardatul Hamra' (kak Dayu, kak Noni dan kak Aiman).. terima kasih semuanya..


Walaupun malam tadi agak kurang yang aku bantu lambang kepalaku yang terlalu berat dan kurang bermaya, lalu aku telah menjadikan katil kak Ain Zubaidah sebagai port yang paling istimewa untuk beristirehat.. dan jam 11 malam aku terbangun kerana mendengar sahabat-sahabat sungguh rancak di luar sana sambil tangan-tangan mereka lincah menampal itu dan ini untuk menyiapkan backdrop.. dan Alhamdulillah.. aku kembali sehat 100%.. Alhamdulillah.. selepas 2 hari tenaga-tenaga ku yang hilang seperti disedut oleh mesin penyedut hampagas, akhirnya aku kembali pulih.. aku berharap stamina ini akan kekal untuk aku kembali bertenaga menuntut ilmu di sini.. terima kasih kepada semua kerana memahami ‘penderitaanku’..


Serta tidak lupa juga kepada barisan akhawat seramai 7 orang yang berjalan dengan gagahnya pada jam 12.50 malam kerana menghantar aku pulang ke rumah dengan selamatnya.. terima kasih yang tidak terhingga.. wah belajar di luar negara betul-betul membuatkan aku menghargai apa-apa sahaja yang berada di sekelilingku..tidak kira teman-teman atau harta benda.. kalau di Malaysia, semua yang aku nak terbentang didepan mata, cakap apa sahaja.. tentu ibu dan ayah aku berikan.. dan itu mungkin menyebabkan aku agak kurang cermat menggunakan barang-barang..


Tetapi bila duduk di sini, di Jordan yang kadar mata wangnya sangat tinggi berbanding Malaysia (1JD ≈ RM 5) benar-benar telah mengajarku untuk berjimat.. mula-mula memang agak susah.. terutama 1st year, memang banyak ongkos yang aku perlukan.. bila dah masuk 2nd year di sini, aku seperti telah sebati dengan suasana berjimat cermat walaupun dari dulu lagi ibu dan ayahku telah menekankan konsep berjimat cermat, tapi mungkin aku yang kurang mempraktikkannya.. maafkan angah ya.. proses tarbiyah ini memerlukan masa..


Teringat lagi haritu telefon ayah,, ayah tanya duit ada lagi tak? (walaupun sebenarnya belum sampai sebulan lagi aku disini selepas kembali dari bercuti di Malaysia) dan aku menjawab, “ada lagi yah… sekarang angah sedang belajar berjimat” lantas aku terdengar ayah ku bersuara dengan penuh kesyukuran “Alhamdulillah!”.. nampaknya ayah aku betul-betul menunggu saat aku sedar untuk menguruskan wang dengan betul ~seyum mode~ macam-macam betul karenah kami 6 orang puteri di dalam keluarga Hj. Mohd Ishak dan Hjh Norani.. sungguh sabar mereka mendidik kami.. alamak HOMESICK!!



permata hatiku =)

Tengahari ini insyaAllah kami akan ‘menampal’ backdrop itu di Dewan Al-Khindi.. di harapkan semua warga PERMAI turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini.. semoga petang ini, majlis sambutan aidilfitri ini berjalan lancar.. ameen..

…:: Our mind is like a PARACHUTE, it works best when we open it::..

Lepas ni study and study and study… belajar nombor satu tetapi kewajipan dakwah bukan nombor 2..

Nak selitkan something :

Sedih melihat para-para da’I dan ustaz serta pelajar-pelajar aliran agama yang aktif berdakwah secara menulis blog, tapi tiba-tiba ternampak gamba-gamba mereka berdua-duaan dengan perempuan tidak kira sama ada tunang ataupun teman wanita.. hmmm macam mana ya?? ibarat seorang pencuri yang memberi ceramah “Jangan Mencuri!”

Juga seperti seorang penzina yang memberi peringatan “Jangan Berzina”.. tapi banyak je bekas-bekas penagih dadah yang menasihatkan jangan menghisap dadah..

Jadi kesimpulannya, ambil lah apa yang baik yang diperkatakan oleh meraka, yang buruk kita jadikan sempadan… semoga para-para da’I ini diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah.

Salam perjuangan


NOOR HANISAH MOHD ISHAK

19/10 (1.50 a.m)

Thursday, October 18, 2007

Cita-citaku..

meja study 1sem 2nd year seorang pelajar medic =)


Memikirkan tarikh exam yang semakin hampir ditambah pula dengan kerja-kerja backdrop untuk sambutan raya yang perlu disiapkan segera betul-betul membuatkan aku tak keruan..


Dan aku terasa otakku agak berat.. mungkin kerana cuaca yang agak sejuk ditambah pula diriku yang tidak sehat lantaran berlakunya perubahan cuaca di Jordan ini yang akan memasuki musim sejuk.. suaraku dah memasuki fasa ‘sengau’ lantaran udara seperti tersekat didalam hidungku.. terima kasih kepada sahabatku ziemah kerana sering mengambil berat walaupun hanya sekadar bertanya khabar di ym..terima kasih sekali lagi. silalah menziarah rumah aku cik ziemah..

Melihat rakan-rakan seperjuangan sibuk menelaah pelajaran, aku kembali bertenaga semula..tambahan pula tadi di jamiah ade discussion group pathology.. berbincang mengenai seorang pakcik yang berumur 70 tahun menghidap hypertension dan diabetes and chronic smoker.. serta merta telah mengerahkan sel-sel otakku agar kembali aktif untuk berfikir lantaran semalam aku tidak pergi ke jamiah dan menyebabkan aku kurang bergerak dan darah kurang sampai ke otak…

Tarikh keramat exam

28/10

Genetics

29/10

Pharmacology

30/10

Biostatistic

31/10

Microbiology

3/11

Pathology

Jadi sepanjang tarikh-tarikh ini mungkin tiada pengupdatetan blog lantaran ketiadaan masa.. harap pembaca-pembaca blog ini yang budiman dapat mendoakan kami students medic di Jordan ini.. doakan kami agar dapat menjawab soalan exam dengan tenang dan dapat mendapat markah yang cemerlang dan seterusnya berjaya pulang ke tanah air untuk berkhidmat kepada masyarakat.. dan semoga kami berjaya dalam bidang ini.. ameen

Teringin hendak berkongsi lagi lagu kegemaran bertajuk CITA-CITAKU by Nada Murni.. kembali menaikkan kembali semangat untuk berjuang di medan ini..

…::KERJA YANG PERLU DILAKUKAN LEBIH BANYAK DARIPADA MASA YANG ADA:…

Selamat berimtihan dan salam perjuangan






Wednesday, October 17, 2007

Manisnya Ukhuwah Itu =)

gamba budak kecil yang comel tapi xsenyum ini dicandid oleh aku dan ziemah sewaktu solat raya di Masjid Jamiah Yarmouk


“ Nama saya Noor Hanisah.. Takhasuus Tibb wa Usul Fiqh”

Alhamdulillah semalam (raya ke 3) dpt beraya ke rumah kak Era, kak Tasya dan kak Aisyah di Mafraq (nama Mantiqah kat sini).. walaupun aku langsung tak mengenali mereka.. tapi alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk kami saling berkenalan.. Sangat seronok berjumpa dengan kenalan baru.. kami dihidangkan dengan soto dan air oren yang sangat sedap.. terima kasih kak =).. Sebenarnya aku sesaje ikut kak Aiman, kak Lia, kak Dayu, kak Ain dan kak Zila pergi beraya ke Mafraq.. Alang-alang dah ikut diaorang pergi Amman..tak pelah jalan-jalan ke Mafraq…

Aku pernah di tegur oleh seorang ustaz yang tidak bersetuju dengan pelajar-pelajar medic yang agak sombong dan kurang bergaul dengan pelajar-pelajar yang mengambil kos selain medic.. memang tidak dinafikan wujudnya golongan seperti itu di kalangan pelajar medic, tidak terkecuali pelajar-pelajar medic di sini yang kadang-kadang terkena tempias dikatakan sombong kerana tidak bergaul dengan pelajar aliran syariah atau lughah atau usul Fiqh dan sebagainya.. tetapi tidak semua begitu..

Apabila berada di luar negara.. sahabat-sahabat yang sejemput inilah ahli usrah kita (owh perkataan usrah amat sensitive di sini sedangkan maksudnya adalah keluarga).. nak lari jauh kemana.. muka diaorang jugalah yang kita nampak.. aku rasa sebenarnya tidak perlu timbul isu itu.. kerana tak kira apa bidang yang kita ambil.. masing-masing punyai peranan yang penting dalam kehidupan. Jadi tak perlu rasa sombong kalau ambil apa-apa kos sekalipun.. kita semua sama.. cuma mungkin hal ini timbul kerana ada penyakit hati (bangga diri dan iri hati)

Tetapi sepatutnya tidak wujud perasaan bangga diri di dalam diri pelajar yang mengambil kos medic kerana menganggap dirinya cukup bijak dan hebat untuk mengambil kos yang susah ini.. dan tidak sepaptutnya pelajar-pelajar yang mengambil bidang selain medic perlu berasa rendah diri.. sepatutnya mereka perlu berbangga dengan diri mereka yang masih menuntut ilmu.. sepatutnya rasa bangga mereka dengan kos yang diambil standing dengan rasa bangga pelajar-pelajar medic..

:::…IKUT RESMI PADI.. SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK….::::

Aku rasa sifat asobiyah takhasus ini bukan baru.. sebenarnya dari zaman sekolah lagi.. kita lihat contoh pelajar asrama penuh, MRSM, dan sekolah harian biasa.. kebiasaannya pelajar asrama penuh akan memperkenalkan diri lengkap dengan nama sekolah supaya orang mengenalinya “owh.. pandai budak ni.. sekolah sains rupanya” pada waktu itu kembang kuncuplah dia apabila mendengan ucapan itu.. kita lihat budak sekolah harian biasa.. kebiasaan yang aku lihat.. mereka agak jarang memperkenalkan diri dan nama sekolah sekali.. tanggapannyaà alah kalau cakap nama sekolah pun bukan orang lain tahu… sepatutnya aku rasa, tak kisah la di mana kita menuntut ilmu, yang penting kan ilmunya bukan tempatnya..

Jadi sampai disini sahaja.. kerana taraf kesihatan aku agak terjejas.. entahlah. tak tahu mana yang silapnya.. minta maaf rakyat malaysia.. harini aku tak dapat pergi kelas.. DARURAT MODE.

Saturday, October 13, 2007

Bring Back Islam!!!

nak share la lagu nih.. inilah sejarah kita.. sejarah umat Islam

kalau nak download leh pergi kat page nih

http://sholihin.multiply.com/music/item/19/Soldiers_of_Allah

-"jangan harap untuk berjuang kalau malas menuntut ilmu"

1924"

The truth about the state
It wasn't always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land

One central authority
Crushing the romans
persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear


When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city

Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don't ever
Mess with Muslims

The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah? In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated “the crusade war has ended” In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi. Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here…

How did they do this
to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history

from one side
to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world
They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology
the kafir women
use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah’s they all failed miserably
& many of them responded with

Ashhadu -an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah
Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the THRONE of ALMIGHTY ALLAH (SWT)

After failing on the battlefield
they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough

the Muslim Ummah
began to sink
In 1917 john belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through

brittan and france
split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
mustafa kamal
Brought the states fall

In 1920’s mustafah kammal with the help of the british becomes the hero
Hmm… well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings
THE KHILAFAH!!!…
he abandon all the rulings of Allah… he did not stop there….
He banded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters… He changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded This Islamic system sent by the Creator of ALAMEEN went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkey

In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won't learn this in college
Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 saudi arabia & iran next year egypt &
In 32 iraq
In 1945
Jordan Indonesia
Lebonen & syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them pakistan
but it was only an illusion a false resolution
far from the solution
In 1948 The Jews establish their
israeli state

In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied: I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I WILL NOT ALLOW ANY CARVING UP WHILE WE ARE ALIVE!!!!!

In 1960's
somolia & nigaria
kuwait & algeria
In 1964 Came the PLO
yasar arafat
The us scarecrow
a great declined
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!
Let us recall 1970
For those who don't remember
That was the year
That we had black September
The king of jorden
& yaser arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity But his promise never went through soon after iran and iraq went to war And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims Over what!? What else…!!! the agenda of the west!!! …at the end there were no resolution Today iran is very much open to democracy and reformation and the Muslims in iraq continue to suffer….
SUBHANALLAH!…. where is the Amir of the Ummah?!

Another decade gone
But we still don't have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990's
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan

BRING BACK ISLAM!
BRING BACK ISLAM!
BRING BACK ISLAM!
BRING BACK ISLAM!

It’s year 2000
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It’s time for us to change
It’s up to you & me
Either we make history
or we become history…

Friday, October 12, 2007

Raya Mengejut

Balik dari berbuka puasa di luar petang tadi, aku terlena sebentar selepas solat maghrib.. kepenatan mungkin, kerana sebenarnya selepas zohor tadi aku dan kawan2ku memanjakan diri pergi ke sauna.. tak sangka ada sauna murah kat Jordan ni.. semurah 2.50JD (RM 12.50).. kalau kat Malaysia, tentunya berpuluh-puluh.. mungkin juga mencecah ratusan..


Sedang aku terlena, tiba-tiba Pady datang ke bilikku.. dengan excitednya dia cakap.. “kak hajar cakap esok raya!”
“haa?? Biar betul?!” Aku yang sedang mamai bergegas menuju ke depan laptop dan melihat offline msg yang ditinggalkan oleh kak Hajar..


“Aah la.. esok raya.. alamak.. tak ready ape-ape ni,” tersedar ku (sebab kami menjangka raya mungkin hari sabtu sama dengan Malaysia)
“cepat-cepat telefon kak fadhilah, nak tumpang takbir kat rumah dia,” (amalan kat sini, malam raya segerombolan syabab akan datang dan bertakbir di rumah akhawat.. memandangkan rumah ku agak kecik, maka kami serumah pun menumpang di rumah kak Fadhilah yang besar itu.. terima kasih ahli bayt Zinnirah)


Sedang bersolat Isyak, tiba-tiba kedengaran takbir versi Malaysia di Masjid Jamiah Yarmouk.. Allah!! Tersentap hatiku dirundung sayu.. Usai menunaikan solat isyak berjemaah, kami bergegas ke rumah kak Fadhilah yang hanya sekangkang kera dari rumah kami.. rupanya kak Fadhilah pun berada dalam keadaan yang terkejut sebab esok raya.. wah nampaknya semua warga Irbid sedang berada dalam kejutan.. masing-masing tidak menyangka kami akan raya seawal ini (hari Jumaat)..


“akak tak masak ape-ape untuk syabab malam ni.. takpe-takpe kuih raya ade..”
Aku tergelak mesra
“kalau diaorg datang pukul 9.30 sempat lagi ni nak masak sambal kacang” kata kak Fadhilah sambil memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 8.45 pm
“kita masak sambal kacang dengan jemput-jemput la” kak Fadhilah memberi kata putus.
Kami mengangguk tanda setuju..


Maka berhempas pulas lah kami didapur memasak sambal kacang.. dan tiba-tiba datang pula idea ku untuk buat rojak… alang-alang dah ade sambal kacang.. takpelah kan.. Jadi makanlah syabab dengan penuh selera malam tadi akan rojak itu.. sampai minta tambah.. kami di dapur hanya mampu tersenyum di belakang tabir yang memisahkan ruang antara syabab dan akhawat..sebab rojak tu limited edition..dah habis.. minta maaf lah ye.. Allhamdulillah.. akhirnya dapat juga bersama-sama bertakbir malam itu..


sempat juga tadi berchatting dengan Ustaz Wan (bekas ustaz tasmi'ku di DQ dahulu).. beliau bgtau syiria raya hari sabtu.. owh samala dengan Malaysia..
sebelum perbualan kami berakhir, sempat juga aku mengucapkan tahniah kerana telah menjadi seorang ayah.. lengkaplah keluarga ustaz sekarang.. beliau juga bercadang menyambung MA di Damsyik dan meminta aku mendoakan kejayaan beliau sekeluarga..
Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz..

kemudian aku bertanya pada kak Zilah (pelajar syariah al-azhar).. beliau pun kata Mesir raya hari sabtu.. hai.. sesama tanah arab pun raye lain-lain..


Alhamdulillah.. aku rasa kali ni raya amat terasa kelainannye.. tidak seperti raya-raya yang sebelum ini.. terasa tenang dan damai.. aku teringat akan Ramadhan ku tahun lepas.. ya Allah betapa banyaknya lubang dalam ibadatku.. mungkin pada waktu itu aku masih terbuai dengan permainan dunia.. ya Allah kekalkanlah ketenangan hati ini..


Oklah..
Selamat hari raya.. Ikhlas dari saya
Maaf segala salah silap.. halalkan makan minum.. Semoga ibadat-ibadat di bulan Ramadhan itu tidak bersifat sementara..
Salam perjuangan


NOOR HANISAH MOHD ISHAK

Tuesday, October 09, 2007

Madrasah Tarbiyah Ramadhan

Ramadhan kali ini amat berlainan dengan Ramadhan-ramadhan yang pernah aku lalui sebelum ini.. aku pun tak pasti kenapa perasaan rindu untuk melepaskannya hadir.. sedangkan aku bukanlah seorang yang ternanti-nati kedatangan Ramadhan.. ya Allah.. rindu ini milikMu..

Mungkin sebelum ni aku lalai dengan duniaku. Aku lari dari tanggungjawabku.. aku tidak amanah dalam kehidupanku.. aku mencampur adukkan yang halal dan yang haram.. dan mungkin segala dosa-dosaku telah menutup pancaran Hidayah dari Allah.. ya Allah, aku mendambakan hidayahMu..

Aku cemburu melihat hamba-hambaMu mengabdi diri padaMu.. aku cemburu melihat mereka menutup aurat dengan sempurna.. aku cemburu melihat mereka amat terjaga perhubungan mereka sesama yang bukan mahram.. aku cemburu melihat mereka bertahajud di sepertiga malam.. aku cemburu melihat mereka menangis ketika menghadapmu.. aku cemburu melihat mereka teresak-esak menangis menyesali dosa-dosa mereka.. aku cemburu melihat mereka yang punyai ilmu perubatan seiiring dengan ilmu-ilmu al-Quran dan hadith.. aku cemburu mendengar tutur kata-kata mereka yang sering bertasbih, bertahmid dan bersyukur padaMu.. aku cemburukan mereka ya Allah..

Sesungguhnya Ramadhan kali ini benar-benar mendidikku untuk mendidik hati yang keras ini.. aku terpaku dengan qalam-qalamMu di dalam kitab peganganku.. mungkin selama ini agak jarang aku melapangkan masa untuk membaca al-Quran.. sibuk dengan urusan study agaknya.. sehingga lupa pada tuntutan rohani ini.. baru kini ku sedari.. aku amat jauh ketinggalan dalam mendalami al-Quran.. ku sangka aku hebat.. aku sangka aku sudah cukup berjuang.. aku sangka aku sudah punyai ciri-ciri wanita solehah.. aahh itu cuma mainan jiwaku yang sering didodoikan oleh nafsu..

Ya Allah.. kekalkan tarbiyah yang telah kau berikan padaku.. aku tidak mampu berdiri tanpa HidayahMu..

Sunday, October 07, 2007

Lepas Exam Nak Buat Apa Ye??

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.. terbangun ku dari lenaku y tak panjang petang tadi seperti ada sesuatu yang menggesaku untuk bangun.. owh rupanya azan asar sedang berkumandang.. masa untuk menghadap Kekasihku

Weekend ni agak sibuk.. apa yang sibuknya, biarlah rahsia.. Cuma aku terpanggil untuk menulis sesuatu dipetang yang nyaman ini.. ops sekejap.. aliah online.. izin laluan untuk berhenti seketika

“angah.. angah lupa birthday fatin eh?”
Mataku memandang kalender di depanku.. 2 oktober.. ups, sekarang dah 6 oktober..
“alamak!! Fatin angah lupa la.. “ aku tersenyum kambing minta belas kasihan (sbb pasang webcam)
“birthday fatin hari sekolah.. angah xsempat nak tengok kalender,” ah alasanku cukup lemah walaupun itu sebenar hakikatnya.
“xpelah.. sebab along dah belikan atin baju tidur, beli mamee..”
“ooo bestla tu.. angah minta maaf eh, lain kali angah xlupe.”..

Ok kita sambung perbincangan kita.. petang tadi kebetulan chat dengan seorang adik perempuan yang baru lepas habis PMR.. dalam mamai2 baru bangun tidur, sempat pula melebarkan salam perkenalan..

Soalan femes yang ditanya, lepas PMR ni buat ape??.. jawapan standard budak-budak lepas habis exam.. ENJOY LA..

Akak nak bercerita sikit, kita cerita2 tentang pejuang2 Islam dahulu.. system pendidikan pada zaman Abasiyah dimana pada usia seawal usia 4-5 tahun, kanak-kanak kecil ini telah diasuh untuk menghafal AQ, membaca dan menulis dalam bahasa Arab dan ilmu-ilmu hadith dan agama diutamakan.. kemudian pada usia 15 tahun, kanak-kanak ini akan diasuh berdasarkan kecenderungan minat masing-masing.. kalau minat perubatan.. go on dengan perubatan, kalau matematik.. matematik lah dan sebagainya.. hasilnya lahirlah para cendekiawan dan ilmuan Islam yang lengkap ilmu agama dan sainsnya (Huffaz Teknokrat)..

Tapi kita tengok system pendidikan kita.. seawal usia 4 tahun dihantar ke tadika.. belajar kale2.. nyanyi2.. kalau ada ibu bapa yang baik sikit, dihantar anak-anaknya ke tadika Islam yang mana system tadikanya agak berbeza dengan tadika biasa.. kemudian habis tadika masuk sekolah rendah.. focus terbesar UPSR. Habis sekolah rendah masuk pula sekolah menengah.. yang mana focus yang besar PMR dan yang paling BESAR, SPM.. maka lahirlah anak-anak yang membesar berorientasikan peperiksaan.. kita tengok sejauh mana pelajar-pelajar lepasan SPM ini boleh mengamalkan ilmu-ilmu yang dipelajari di sekolah dan dipraktikkan dalam kehidupan..

Aku pun pernah SPM, pernah PMR, UPSR, PTS pun sempat dan alhamdulillah lulus gak PTS.. tapi apa ilmu waktu sekolah dulu yang still keep bearing in my mind?? Kalau ingat sikit-sikit tu IAllah boleh lagi, tapi kalau nak tolong ajar adik-adik yang nak ambil peperiksaan.. agak susah sedikit sebab banyak yang telah terlupa.. JADI SELAMA NI AKU BELAJAR KAT SEKOLAH TU SEBAB NAK EXAM JE LA EK??.. hai.. terasa sia2 stay up malam-malam baca buku itu beli buku ini pergi tusyen sana sini buat nota- nota dan peta minda.. tapi semuanya hanya disudahkan di kertas peperiksaan.. alangkah ruginya aku..

Sedangkan pada usia 25 tahun, Sultan Muhammad al-Fateh telah membebaskan Costantinople (Istanbul).. yang aku ni dah nak masuk 20 an.. mana-mana negara Islam yang masih di jajah pun aku tak mampu nak fikirkan cara untuk tawan kembali.. sepatutnya ilmu-ilmu yang aku pelajari dari tadika sampai habis sekolah boleh digunakan sedikit sebanyak untuk Islam.. tapi tulah.. kerugian yang dirasakan sekarang.

Ala akak.. Sultan Muhamad al-Fateh tu bolehla.. dia tu nama pun sultan, pemimpin rakyat jelata, ada tentera ada pengaruh.. saya ni siapalah…

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat ; Sesungguhnya Aku hendak menciptakan khalifah diBumi.” Surah al-Baqarah ayat 30

Jadi kita ini dicipta sebagai seorang khalifah.. semua orang xterkecuali.. apa itu khalifah??

Khalifah itu pemimpin.. maka kita adalah pemimpin.. tapi amanahkah kita sebagai seorang pemimpin?? Adakah amanah dakwah yang Allah amanahkan kita lakukan?? Umat Islam keselurahan kat dunia ni ada 1.2 bilion daripada 6 bilion masyarakat dunia. Jadi kalau setiap umat Islam menjalankan tugas dakwah dan mengislamkan orang-orang yang bukan Islam.. bukankah Islam itu akan tersebar.. sorang Islamkan 4 orang pun dah cukup (kalau semua menjalankan amanah dakwah ini).. tapi kat jepun tu.. 1% je umat islamya..kalau lebih ramai kan alangkah indahnya.. sama-sama merasai nikmat Islam..

Ala kak.. saya nak study.. nak berdakwah kan perlukan ilmu.. macam mana nak berdakwah kalau kita tak pandai?.. adik-adik ku sayang.. akak pun sedang menuntut ilmu.. dan akak percaya ramai pembaca2 blog akak ni masih menuntut ilmu.. tapi kita kene bijak membahagi masa.. antara masa untuk Islam dan masa untuk belajar.. mana mungkin seseorang itu akan berjaya dengan silibus dunia tapi dia gagal dalam silibus akhirat??.. mcam mana kita nak berjaya ?? mari kita singkap rahsia AQ.. cara-cara nak menjadi penuntut imu yang berjaya didalam AQ.. bagaimana??.. kita ikut turutan penurunan wahyu.. wahyu yang pertama surah al-‘Alaq ayat 1-5 yang bermaksud.. “bacalah dgn nama tuhanmu yang menciptakan jadi nak pandai kene baca buku.. wahyu kedua surah al-Qalam ayat 1 yang bermaksud.. “Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis”.. jadi nak berjaya kene tulis.. tulis nota ke buat peta minda ke sebab itu lebih meningkatkan kadar memori kita.. dan wahyu yang ketiga surah Muzammil yang mana Allah menyuruh manusia bangun dan bersolat malam.. maka lengkaplah rahsia-rahsia kejayaan pelajar Islam..

Buat jadual waktu yang fleksible.. jangan hanya tumpu pada study.. peliknya budaya pelajar-pelajar kita ni.. masa untuk study boleh pula di curi untuk bersukan. Untuk borak-borak, makan-makan.. tapi kalau suruh baca AQ.. alahai liatnya.. baca buku agama lagilah payah.. novel-novel dihadap sampai dua tiga pagi pun xpe..pesanan untuk diri sendiri juga…

Kenapa ya kita kalau baca novel leh tahan lama tapi kalau baca buku pelajaran satu jam tu dah kira lama la… sebab.. novel tu kita baca dengan hati.. dengan perasaan kita.. tapi buku, kita baca dengan aqal.. jadik otak penat.. cuba kaedah ni.. kita baca buku dengan hati dan aqal.. insyaAllah ilmu mausk dengan mudah dan kita mudah faham.

Pesanan terakhir.. nak berdakwah sekarang tak kurang mencabar.. nak Islamkan org bukan Islam.. pastu nak Islamkan orang Islam lagi.. nama je Islam.. solat pun lubang-lubang.. pastu nak study lagi.. hmmm…

p/s: maaf kalau agak tongang langgang isinya.. tanda kepenatan habiskan tulis blog lepas balik dari kuliah
::::...KITA SEMUA SAMA.. HANYA TAQWA YANG MEMBEZAKAN KITA...:::

NOOR HANISAH MOHD ISHAK

Saturday, October 06, 2007

Friendster... Ada Kebaikan ke??

kadang2 saya terfikir.. mahu sahaja saya mendelete blog saya kat friendster tu.. xpun mahu saja saya buang akaun friendster tu.. tapi bila saya muhasabah balik apa matlamat sebenar saya untuk keep going dengan friendster.. niat itu terus terbatal..

bukan untuk mengagung-agungkan friendster.. cuma sekadar berkongsi antara sebab2 yang menghalang saya meneruskan niat saya itu ( buang friendster) :

1. memandangkan dulu saya banyak bersekolah di merata-rata johor.. maka ramailah kawan2 saya.. dari tadika sampai sekarang.. jadi untuk memastikan kami dapat berhubung selalu.. friendster adalah salah satu caranya.. mungkin testi2 yang di bagi sebagai bingkisan ingatan dari sahabat2..dan juga dapat berjumpa dengan kawan2 lama melalui alam maya.. ukhuwah tidak mengenal sesiapa dan bagaimana..

2. saya dapat memerhatikan sendiri perubahan2 selepas sekolah yang di alami oleh kawan2 saya.. bukan untuk mencari aib orang.. cuma sekadar di jadikan panduan dan peringatan supaya tidak hanyut dengan keasyikan dunia.. contohnya (tidak perlu disebutkan nama): seorang kawan baik saya yang bersama-sama saya dahulu di sekolah tahfiz sewaktu saya tingkatan 1 dan 2, kami sama2 menghafal al-Quran.. sama2 mengulangkaji pelajaran.. sama2 berbincang masalah... sama2 pergi dewan makan.. duduk berbual2 dengan mesra (saya rindu kenangan itu).. tapi sekarang?? dia sudah berubah.. bukan dari bentuk layanan yang diberikan pada saya tapi dari segi penampilannya.. kenapa tudung labuh dan jubah itu telah diganti dengan tudung bawal yang jarang dan t-shirt lengan pendek yang sendat?? mana pergi stongan yang menutupi lengan? mana perginya stokin yang menutupi kakinya?? mana pergi malunya dengan Allah??? mana mana dan mana?? saya doakan dia diberi hidayah... argh!! doa itu selemah-lemah iman. lemah nya hambamu ini ya Allah..

3. saya dapat berdakwah secara menulis (tulis blog).. walaupun ilmu yang ada pada saya tidaklah sehebat orang2 yang mengaji agama.. tapi saya sedar kewajipan dakwah itu terletak pada setiap umat Islam.. maka dengan ilmu yang sedikit inilah saya cuba untuk berkongsi dengan sahabat2 yang lain.. insyaAllah..
tapi kenapa saya nak buang blog kat friendster tu pulak?? bukankah ada kebaikannya..
jawapan saya satu sahaja... friendster banyak virus2 tersembunyi yang boleh merosakkan komputer.. jadi saya tidak mahu pembaca2 blog saya tereffect dengan virus2 itu..

oklah itu sahaja yang ingin dikongsi.. 'Friendster.. jauhinya kalau tak kuat iman'


wasalam