
Penat study mode ~melepaskan lelah seketika~..
Hari sabtu semakin hampir.. hari sabtu ini juga ibu saya exam.. exam apa saya tidak ketahui lanjut.. mungkin kakitangan kerajaan lebih arif tentang peperiksaan yang perlu mereka hadapi..
Sekarang ini asyik mendengar lagu kembali by tashiru.. sedap lagu tu.. (lagu tu didengari sewaktu melayari blog kak asmaa khalid =) )
Dalam kepenatan di petang hari ini, teringat nasihat dari kak Sarah sewaktu API (Akses Pemikiran Islam) ..selalu petang-petang kita balik dari jamiah (universiti).. kita rasa penat.. balik rumah terus collapse.. letih yang teramat, tapi Rasulullah pernah bersabda riwayat dari Imam At-Tabrani dan Ibn Abas yang bermaksud “ Sesiapa yang berpetang dalam keadaan penat bekerja dan berusaha dengan tangan sendiri maka dia berpetang dalam keadaan yang diampunkan dosa-dosanya..”.. semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.. insyaAllah
Hadis ini menaikkan kembali semangat saya agar tidak tunduk kepada kepenatan ini.. tidak memanjakan diri agar terus merehatkan diri.. kerja yang perlu dilakukan lebih banyak dari masa yang ada.. Semoga kita bersama tidak lemah dengan jadual harian kita yang mungkin agak memenatkan.. apa yang penting jangan hidup didalam kotak dan hidup seperti robot..
Dalam perjalanan ke Jamiah pagi tadi, fikiran saya melayang sebentar mengingatkan pesanan dari seseorang yang mengingatkan saya supaya mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup.. saya berfikir sejenak.. benar kita semua punyai matlamat dalam hidup, tapi jelaskah matlamat kita?.. adakah tindak tanduk kita semua membawa kearah kejayaan mencapai matalamt itu.. seketika hatiku kembali terpukul dengan nasihat dari kak Sarah.. “kita main game, tengok movie, banyak tidur, habiskan masa kita begitu sahaja tanpa apa-apa yang berfaedah.. semua itu akan ditanya oleh Allah nanti di akhirat kelak. Apakah yang ingin kita jawab”.. ya Allah, banyak sebenarnya masa kita terbuang dengan benda yang sia-sia..
Dalam perjalanan ke Jamiah juga, saya suka memandang panorama sekeliling dan yang pastinya mata saya akan tertancap pada sebuah sekolah rendah kanak-kanak lelaki (tak tahu nama sekolah itu).. suka melihat mereka berlari-lari dengan riang..berjalan ke sekolah seiringan.. mungkin saya tiada adik lelaki, jadi saya suka melihat kanak-kanak lelaki (lelaki dewasa tidak termasuk dalam kelompok ini).. tambahan lagi apabila topic pembelajaran saya sekarang ini banyak berkisar tentang mutation dalam gene yang kebanyakannya meng’effect’ golongan lelaki.. secara tidak langsung saya berikir akan hikmah akan penciptaan Allah.. Maha Besar dan Maha Bijaksana Allah dalam setiap ciptaanNya.. patutlah semakin kurang lelaki yang berguna untuk agama sekarang ini..
Sampai di sini sahaja.. waktu sudah hampir ke maghrib
Salam perjuangan
NOOR HANISAH MOHD ISHAK
28/11 (4.30 pm)
















