Wednesday, March 26, 2008
Hari ini Hari Rabu
p/s: Jutaan keMaafan kepada rakan-rakan sekelas, terutama kepada K.Dijah, Cikzu, Yas, Yan, Ziemah, dan Naila kerana konsentrasi belajar kalian terganggu dek mendengar bunyi batuk dan bersin yang silih berganti dari diri ini.
Tuesday, March 25, 2008
Recommended blog
Sangat bagus untuk menambah pengetahuan kita dalam ad-Diin.
satu perkara yang amat menarik perhatian saya,
penulis menggunakan bahasa inggeris sebagai medium.
im so impress to read it again and again..
sebabnya, kebiasaannya ramai ustaz and ustazah kurang dapat bertutur atau menulis bahasa inggeris dengan baik,
mungkin kerana mereka para Ilmuan Islam ini kurang menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan.
semoga kita mendapat istifadah dari blog beliau,
http://islaminus.blogspot.com/
p/s: tak semua doctor can't use english very well. tapi kehidupan sebagai doctor lebih banyak memberi kami peluang untuk meningkatkan mutu bahasa inggeris yang sedia ada. English is our medium, Arabic is our language, Malay is my beloved language to speak. =]
NOOR HANISAH MOHD ISHAK
25/3 (5.00 am)
Sunday, March 16, 2008
Saturday, March 15, 2008
Ni yang Semangat nak Pergi PLKN =p
Pelajar cemerlang SPM dapat RM100
Oleh Amir Mamat
MELAKA: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyediakan hadiah wang tunai RM100 kepada setiap pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memperoleh sekurang-kurangnya 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula dengan pelatih kumpulan satu siri 5/2008.
Ketua Pengarahnya, Abdul Hadi Awang Kechil, berkata ganjaran itu sebagai galakan kepada mereka yang menduduki peperiksaan itu supaya terus mencatatkan keputusan cemerlang dalam akademik.
Katanya, hadiah itu yang mendapat sokongan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad akan diserahkan kepada semua pelatih terbabit selewat-lewatnya pada 29 Mac ini, bergantung kepada maklum balas mereka yang menghantar salinan keputusan peperiksaan kepada JLKN.
"Jumlah keseluruhan 9A yang disenaraikan bagi pelatih layak menerima hadiah ialah termasuk 1A dan 2A," katanya selepas menutup Kursus Pembimbing Kaunseling Siri 1/2008 Staf Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Kem PLKN di Tanjung Kling, dekat sini, semalam.
Kursus empat hari itu disertai 83 peserta dari seluruh negara yang bertujuan memberi pendedahan kepada pembimbing bagi membantu pelatih PLKN dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang menyertai program itu.
Hadir sama, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Latihan JLKN, Faridah Borhan.
Kelmarin, Kementerian Pelajaran mengumumkan 6,247 daripada 439,255 calon SPM di seluruh negara tahun lalu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
Abdul Hadi berkata, semua pelatih sukarela kumpulan satu, dua dan tiga bagi siri 5/2008 yang memperoleh keputusan 9A ke atas juga layak mendapatkan ganjaran berkenaan manakala pelatih yang diberi penangguhan dan pengecualian mengikuti program itu tidak akan dilayan.
Beliau berkata, permohonan mendapatkan ganjaran itu boleh dimuat turun menerusi laman web JLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my dan dihantar kepada pihaknya selepas mendapat pengesahan pengetua asal sekolah masing-masing.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, persiapan sudah dibuat untuk menyambut kedatangan pelatih baru bagi kumpulan kedua siri 5/2008 PLKN yang dijadualkan melaporkan diri di 84 kem, termasuk di kem terbaru di Balik Pulau, Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu ini.
Katanya, sejumlah 1,000 bas disediakan untuk membawa pelatih terbabit selain pengangkutan udara bagi pertukaran pelatih Sabah dan Sarawak.
Beliau juga menasihatkan semua pelatih baru PLKN yang berhasrat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menyegerakan urusan permohonan bagi mengelak pertindihan masa.
sumber : berita harian 15 Mac 2008
p/s jam 3-5 pm waktu jordan (9-11 mlm malaysia) ini saya dan sahabat2x seperjuangan akan menduduki exam HLS (hematopoetic lymphatic system). doakan kami ya
Thursday, March 13, 2008
Palestine
"Each riyal, dirham,dinar …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawiuntuk keterangan lanjut tentang barangan yang perlu diboikot:
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html
SALAM PERJUANGAN,
NOOR HANISAH MOHD ISHAK
13/3 (8.25 am)
Tuesday, March 11, 2008
Doktor bunuh diri? Astaghfirullah..
Masalah apa yang besar sangat berada di kepala sang doktor itu sehingga menggerakkan hatinya untuk membunuh diri?Nak kata fikir masalah umat, rasanya tak mungkin.
Dan jangan kamu membunuh diri2 kamu,kerana sesungguhnya Allah Maha belas-kasih kepadamu."(an-Nisa:29).
"Sebelum kamu, pernah ada seorang lelaki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau & dipotong tangannya,darahnya terus mengalir sehingga dia mati.Maka berkatalah Allah: hambaku ini mahu mendahulukan drinya dari (takdir) Ku.Kerana itu Ku haramkan syurga atasnya."(Bukhari&Muslim)..
"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama2nya.Dan barangsiapa minum racun kemdian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama2nya.Dan barangsiapa bunuh diri dengan alatan tajam,maka alat tajamnya itu di tangnnya akan menusuknya di neraka jahannam untuk selama2nya."(Bukhari&Muslim)
Doktor cuba terjun tingkat lima
Oleh Rahmat Othman
TEKANAN PERASAAN: Kombinasi gambar menunjukkan anggota Bomba dan Penyelamat cuba memujuk doktor di balkoni tingkat lima HSB dan akhirnya berjaya menyelamatkan doktor berkenaan ketika leka berbual di telefon. |
ALOR STAR: Pekarangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, gempar apabila seorang doktor wanita berusia 26 tahun cuba terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan, semalam.
Kakitangan HSB dikatakan ternampak doktor itu yang dipercayai menghadapi tekanan perasaan berada di luar tingkap Blok C bangunan berkenaan kira-kira jam 10 pagi sambil memberitahu dia mahu terjun.
Pegawai Perhubungan Awam Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, Md Saad Napi, berkata pasukan itu tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan doktor berkenaan.
Sebelum ini, doktor wanita berkenaan dikatakan meloloskan dirinya melalui tingkap di wad kanak-kanak sebelum ke balkoni.
Dia yang kelihatan resah kemudian duduk di balkoni sambil menjuntaikan kedua kakinya hingga mengejutkan orang ramai.
Beberapa petugas hospital bersama anggota bomba cuba mententeramkan wanita itu, tetapi dia dilihat menekap kedua belah telinganya seolah-olah enggan mendengar rayuan mereka.
Bagaimanapun, pasukan penyelamat menghulurkan telefon bimbit dengan mengatakan ahli keluarganya mahu bercakap dengannya.
“Pada masa sama anggota bomba menarik tangannya dan dia berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Hasnah Ismail ketika dihubungi mengesahkan doktor itu bertugas di HSB dan pihaknya masih menyiasat punca dia mengambil tindakan sedemikian.
“Doktor itu sudah dirujuk ke pakar psikiatri untuk mendapatkan maklumat mengenai punca kejadian selain diberikan rawatan bersesuaian,” katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080311005455/Article/index_html
ANDAI DIRI INI PUNYAI MASALAH, MENGADULAH PADA ALLAH. JANGAN DI BIAR DIRI INI DIPENGARUHI OLEH SYAITAN. SESUNGGUHNYA TIPU DAYA SYAITAN ITU LEMAH.
Hiduplah dengan kasih sayang Allah,
NOOR HANISAH MOHD ISHAK
11/3 (9.22 am)
Friday, March 07, 2008
Pilihan rAYa
Kurang daripada 24 jam, pilihanraya di Malaysia akan diadakan. Yang pastinya sepanjang minggu sebelum pilhanraya, saya tidak membaca langsung akhbar utusan atau berita harian. BOIKOT.saya baca akhbar lain. Bukan saya xnak baca, tapi saya berat nak baca.
Kelantan ingin ditawan? Ya Allah, selamatkan Islam.
| Rayuan Khas Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan | |
| | |
| "TAHUKAH kamu bagaimana Tuhanmu telah bertindak ke atas tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka yang menyesatkan untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Lalu dihantar-Nya burung-burung yang berbondong-bondong yang melempari mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Lalu, dijadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat" (Surah al-Fiil: Ayat 1-6) Buat anak-anak perantauan, Pulanglah ke pangkuan Islam di Kelantan biarpun terpaksa berjalan kaki. Hatta, jika perlu merangkak dengan kedua jari sekalipun, kembalilah jua untuk melunaskan janji. Tidak terasa terhinakah apabila 'orang luar' yang tiada kena mengena dengan Islam bertekad menggenggam penumbuk untuk menghancurkan Islam kita di Kota Serambi Makkah yang kita sama-sama kasihi ini? TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=508&Itemid=84 walaupun saya bukan orang kelantan, tapi saya orang Islam. Sebagai orang johor, saya tahu apa yang berlaku di johor. HIDUP ISLAM, MATI ISLAM, CARA HIDUP ISLAM. NOOR HANISAH MOHD ISHAK 7/3 (7.00 am) |
Monday, March 03, 2008
Ada Apa dengan Semalam?
1998 Nobel Prize Winners for Physiology or Medicine
The Royal Swedish Academy of Sciences has awarded the 1998 Nobel Prize for Physiology or Medicine to American scientists Robert Furchgott (New York State University), Farid Murad (University of Texas at Houston), and Louis Ignarro (University of California at Los Angeles) for the discovery of the functional activity of nitric oxide (NO) in the cardiovascular system.
In south of Asia, he also known as Father of Viagra. Hebat tak hebat pak cik ni. His youngest brother won Nobel Prize too but in different category.
Apa yang pasti, sesuatu yang hebat itu bukanlah sekejap dan mudah untuk dihasilkan. Menjadi seorang doctor yang hebat bukanlah hanya tertumpu kepada 6 tahun pengajian. Keep moving forwards!



