Tuesday, June 30, 2009

1415 km, 120 km/h.



Lokasi: dalam kereta, highway utara-selatan

Merasa sedikit sunyi dalam kereta apabila tiada along, ati dan ana. Tapi suasana dalam kereta macam complete je 6 beradik apabila atin dan aliah bergaduh2 dan bergurau senda.

Angah: geleng kepala. Sungguh banyak bunyi mereka itu.



Untuk pertama kalinya, saya merasa kagum dgn Tun Dr. Mahathir. Ideanya untuk membina lebuhraya memang superb dan memudahkan perjalanan.


Lokasi: RnR Gunung Semanggol Perak

Sedang diri ini menikmati lauk ikan keli dan sayur taugeh yang enak (nasi xmau ye kak), tiba-tiba Atin diam dan tunduk makan dengan senyap. Saya memandangnya sepi, mahu sujud syukur pun boleh juga, kalau cmni sentiasa kan bagus.

Lah, rupa-rupanya kawan tuition dia ade kat meja sebelah. tengah makan juga. Patutlah tetiba jadik ayu adik saya yang sorang nih. Haha jumpa orang johor di perak adalah sama nikmatnya apabila jumpa orang Malaysia di Zimbabwe, sekampung lah katakan.

Lokasi: RnR Tapah



Sangat banyak buah-buahan di sana. Rasa macam berada di pasar Irbed. Ah, rindu Irbed!

Jambu batu memang kene bagi 5 bintang, letak asam banyak sikit ye kak.

Lokasi: Alor Star Kedah



Kami sekeluarga jatuh cinta dengan kedah. Negeri dibawah pemerintahan Islam sangat lain suasananya dengan Johor Bharu yang 'panas'.

Inilah mereka yang meninggikan decibel di dalam kereta.


Dah. Sekian.

8 comments:

Anonymous said...

1415 km? tu jarak irbid-madinah tu.

lama tak nak sampai johor?

zulaikha said...

wah3..sonoknye org kt msia skrg ye..hehe

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

anonymous.

kalau 120km/h adelah dalam 12 jam campur berhenti rehat dan rawat.

kedah-johor(segamat)

1415km tu pergi balik ya.

cikzu.

haha. mestilah. kamu juga begitu kan?

alhanin said...

amboi2 cik adik ni bercuti rupanya, patutla tak jumpa kat irbid ni.. moga-moga pengembaraan ini menjadikan diri kita lebih dekat dengn Nya di kala melihat dan meneliti ciptaanNya..

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

kak ahiasah,

eheee~~

insyaAllah kak.

Anonymous said...

wah nisah p loqstaq.tak singgah kangaq? =)

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

xsempat.

sempat lalu tengok signboard je.

rumah ang kat kangaq ke?

len kali kami singgah ya. hehe.

Noor Fatin Nabilah bt Mohd Ishak said...

hai ngah mana dapatcermin mata tu cantik nampak nape tak blkn atn yg come ni alahai naik kete estima esok mesti estima cakap cantik